Wednesday, April 9, 2008

Penghasilan Bioethanol (Secara Ringkas)

Perkara paling asas didalam penghasilan produk bio-ethanol adalah bahan mentah. Pelbagai bahan mentah digunakan didalam penghasilan bio-ethanol seperti gula, sugar baggase dan lain2. Selulosa didalam batang padi tadi di hidrolisiskan menggunakn asid sulfurik cair, atau pun pemanasan reflux, pemanasan stim (low temperature pyrolisis), dan teknik yang lain. Tumbuhan mempunyai 3 struktur pembina yang berlainan iaitu lignin, hemiselulosa, selulosa. Kebiasannya lignin ini merupakan bahagian yang memberi warna kepada tumbuhan, dan struktur ini juga memeningkan kepala para saintis untuk memboleh kan semua selulosa terhidrolisis, kerana struktur ini bagaikan 'kulit' kepada tumbuhan dan memberikan perlindungan. Ia bertindak seperti 'gam' yang menyatukan struktur selulosa dan hemiselulosa. Setelah proses hidrolisis, proses kawalan pH dimulakan untuk memastikan sel yis dapat hidup iaitu sekitar pH 6.0. Proses respirasi anaerobic yis akan menghasilkan ATP(adenosina trifosfat) dan ethanol sebagai 'side product'. Kebiasaannya tumbuhan akan menghasilkan ethanol ketika proses anaerobik dan haiwan pula menghasilkan asid laktik. Apabila kepekatan ethanol didalam medium penapaian mencapai kepekatan 12%-20% v/v yis tadi akan memasuki peringkat dorman dan tiada proses kehidupan berjalan. Pemisahan ethanol daripada medium menggunakan kaedah penyulingan, tetapi masalah azeotropik akan timbul kerana air akan disuling sekali dan amat sukar unutk memperoleh 100% ethanol. Penggunaan agen azeotropik seperti benzena akan memutuskan ikatan hidrogen antara molekul air dan ethanol. ethanol akan disuling keluar bersama benzena. Ethanol yang disuling keluar akan dikenal pasti melalui keadah spektroskopi sinar infra merah dan GC-MS.

by: Muhammad Aizuddin Bin Zali

No comments: